Sunday, March 11, 2018

Buat Kulit Wajah Cerah? Ini Cara Buat Krim Pemutih Sendiri Di Rumah, Tak disangka ternyata dari bahan-bahan ini !


Belum tentu semua orang dilahirkan dengan wajah yang cerah bersinar dan menawan. Bagi segelintir perempuan memiliki wajah yang cerah dan kulit muka yang cantik  menambah keyakinan diri. Pengen kulit wajah putih bersih tapi takut untuk gunakan produk yang ada di pasaran apa lagi make up. 

Sebabnya kita sendiri maklum, banyak produk memutihkan wajah di pasaran yang menggunakan bahan-bahan terlarang terutama hidrokuinon. makanya kita harus berhati-hati dalam memilih produk

Lihat saja kebelakangan ini ada banyak produk kecantikan termasuk untuk memutihkan wajah yang ditarik balik dari pasaran kerana perkara ini. Malah ada antaranya produk jenama tempatan yang kita biasa dengar. 

Cuba semak semula adakah produk pemutihan wajah yang anda pakai sekarang selamat dan tidak menyebabkan kulit muka menjadi nipis.

Tapi selepas tahu cara nak buat krim pemutih sendiri ni, anda dah tak perlu beli lagi. Dijamin selamat sebab cuma guna sengkuang dan langsung tiada bahan kimia. Nak buat pun senang, so kalau habis boleh buat saja lagi.

Bahan-bahan:

1 biji sengkuang saiz sederhana
2-3 sudu makan air lemon
1 sudu makan madu / minyak zaitun
1 gelas air

Langkah membuatnya:

Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah menjadi pekat.
Kemudian tapis dengan penapis. Perah untuk dapatkan ekstrak.
Simpan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.

Keesokkan harinya anda akan dapati ada mendapan atau ekstrak putih dari pati sengkuang. Buang air yang ada di permukaannya. Ambil mendapan itu saja.

Kemudian masukkan air lemon dan madu, kacau hingga sebati dan jadi krim.
Masukkan krim dalam bekas yang sesuai. Siap untuk digunakan.
Cara penggunaan:

Gunakan krim itu untuk jadikan sebagai krim pelembab muka anda seharian, pakai secara teratur serta teratur 2 kali sehari. Dalam 1 minggu, anda bakal mendapat kulit putih, bersih dan halus.

Khasiat sengkuang

Mencerahkan kulit malah kerana faktor inilah ia kerap digunakan dalam produk kecantikan termasuk masker.
Melambatkan penuaan melalui vitamin C yang terkandung di dalamnya.

Kandungan air yang tinggi dalam sengkuang juga memberi kelembapan pada wajah menjadikan kulit lebih sihat dan segar.

Sumber: petuaibu.com

No comments:

Post a Comment